Tukar template baru lagi..heh.!. Dah bosan tengok 'wajah' yang sama.
Masih dalam pembinaan lagi ye. Maaf kalau nampak berserabut.
Cuti 3 hari dah habis. Esok akan mula ke pejabat. Mula ke dunia 'negative thinking'.Haih..
Apa yang aku buat 3 hari lepas..? Tak kemana pun. Cuma lepak di rumah saja. Malas dan bercampur dengan tak ada mood nak keluar. Hati masih gundah gulana. Fikiran masih berserabut.
Minggu lepas, cuti 3 hari berturut-turut juga. Cuti aku terisi ketika tu. Sampai tak sempat mahu berehat langsung..! Penat..tapi seronok. Yang tak best, dalam keseronokan itu, rasa itu ada lagi. Aku masih tak dapat nak buang rasa dan ingatan itu. Setiap kali tengah bergelak gelak ketawa, memori tu datang balik. Agaknya memang tak ada siapa boleh ganti kot. Macam arwah mak dan ayah juga. Mati hidup balik pun tak akan sama, kecuali dengan izin Tuhan atau mungkin aku pergi jauh dari sini. Mungkin boleh bantu aku lupakan semua itu..? Tapi hati ni belum kuat untuk pergi...!!
Minggu lepas juga ketika aku keluar dengan seorang rakan, tiba tiba dia berkata :
rakan : badakbiru, kalau lah tahun depan aku tak ada,kau pandai pandailah cari kawan lain ek.Mana lah tahu aku dapat pergi oversea ke.Jangan selalu sorang-sorang.
aku : Tak ape. Aku dah biasa sorang-sorang.Tak ada hal lah kalau kau tak ada.Life must go on kan.
rakan : Memanglah, tapi jangan biasakan. Keluar bersosial sikit. Cari kawan. Jangan selalu sorang. Kang sampai tua sorang sorang. Baru tau..!
aku : Aku dah biasa lah. Tak payah risau. Lagipun aku tak suka menyusahkan orang.
rakan : Bukan suruh kau menyusahkan orang. Cari kawan. Have fun with life..! jangan selalu sorang diri.
Aku diam lepas tu. Tak tahu nak jawab apa.
Haih..entahlah. Memang aku dah terbiasa seorang diri. Aku tak suka menyusahkan sesiapa hanya kerana hal kecil. Lama-lama aku rasa, aku tak tahu bagaimana cara untuk meminta pertolongan.!
Tahun 2009 akan berlalu cuma beberapa hari saja lagi. Kebanyakkan tahun ini, aku habiskan masa seorang diri. Bukan tak ada kawan, cuma aku dah serik. Aku sayang sangat, namun akhirnya aku menyakiti hati orang yang aku sayang tanpa aku sengaja. Niat aku hanya ingin membantu, tapi cara aku salah, dan aku lambat bertindak. Maka kerana itu, aku ambil keputusan untuk terus berdiam diri dan membawa haluan masing-masing. Perit memang perit, tapi itu saja jalan yang mampu aku lakukan. Cuma Tuhan saja dapat membantu aku pulihkan segala salah faham dan luka yang dah aku buat.
Rasanya tahun 2009 adalah tahun suram bagi aku. No more fun in my life. I'm back to my nature of life. Disitu aku jumpa ketenangan hidup aku, sebab aku tak perlu menjaga hati sesiapa lagi walaupun sebelum ini tak ada siapa pun suruh aku jaga hati mereka. Namun, secara jujurnya, aku tak lagi gembira dan aku dah malas nak kisah tentang siapa siapa.
Semoga tahun 2010 akan mengubah segala-galanya. Aku rasa mungkin belum terlambat untuk aku cuba apa yang rakan aku cadangkan itu.
Maka untuk tahun 2010 aku akan cuba lupakan semua rasa itu dan aku akan cuba move on withmy life. I will do something with my life. Aku akan jadikan kekecewaan dan kesedihan ini sebagai pemangkin untuk aku mengubah hidup aku. Aku tak perlu lagi bergantung kepada sesiapa. Tuhan ada untuk bantu aku..!!
badakbiru : aku tahu semua mustahil, tapi tak akan tak boleh bagi peluang kedua.? tolonglah kenal aku...
No comments:
Post a Comment